Ikan Layur Masak Tauchu
Hari ini Mr hubby kata tengahhari dia tak makan nasi, cuma makan mee goreng, so dalam minda dah mula berfikir apa menu nak masak untuk makan malam. Lastly Hubby kata dah lama tak makan ikan masak tauchu , apalagi terus jer pergi pasaraya berdekatan kampung. Luckly ada ikan layur (warna kuning), nie memang sedap masak tauchu. Kalau ikan timah (warna silver) tak berapa best. Malam nie tak masak sayur coz hubby kata tak payah, dia nak makan ngan ulam timun jer...I suka jer
Setibanya di rumah terus sajer masak nasi, bersihkan ikan then letak garam dan kunyit (ikan digoreng dulu) baru proses menumis bumbunya.
Ikan Timah |
Siap masak terus hidangkan ,hubby makan dengan Erol (anak saudara), biasa kalau lunch dah makan nasi dinner saya makan ringan-ringan jer.
Ini ler rupanya hasil masakan saya |
1 ekor ikan Layur (digoreng bersama kunyit dan garam)
Bahan di kisar:-
8 ulas bawang kecil
3 cm kunyit
5 cm halia
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Bahan-bahan lain:-
3 sudu tauchu masin
1 labu bawang besar-dimayang
2 batang serai-di titik
2 biji tomato-(potong ikut suka)
Air asam secukupnya
Cara memasak:-
1. Tumis bawang besar dan serai sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan dikisar dan tauchu ,tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air asam, selepas mendidih masukkan ikan yang telah digoreng.
4. Masukkan tomato kemudian tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment