Saya dan hubby memang minat sangat menanam pokok bunga dan tanaman edible. Kawasan tanah yang luas membolehkan minat kami di masa lapang terlaksana. Ada juga tanaman di tanam dalam pasu selain di tanah. Tapi kalau tanam di tanah lagi gemuk lah...macam tuannya hahahaha
Edible Garden....best kan bunyinya. Seronok kalau apa yang diusahakan dapat dinikmati bersama.
Selain memanfaatkan masa yang terluang, aktiviti berkebun ini juga menyumbang kepada ekonomi rumah tangga. Kos dan masa dapat dikurangkan , dapat berjimat-cermat tak payah ke kedai semata-mata nak membeli sehelai dua daun kunyit atau sebatang serai . Secara tak langsung tanaman yang ada dapat dikongsi nikmatnya dengan jiran tetangga (dapat jugak pahala bersedekah yang penting ikhlas, insyaallah).Banyak juga yang dah di tanam antaranya untuk kegunaan harian ...serai, kunyit, halia, cekur, limau purut, lada ,daun kesum, pokok kantan ,pokok kari dan limau kasturi (bunga kasturi baunya perghh wangi sangat..aromaterapi nie),.

Pokok kantan nie sentiasa berbunga...suka tengok warnanya..cantik
Pokok herba lain yang kami tanam seperti lempoyang, halia bara, temu hitam (kunyit hitam). Setakat nie tanam sahaja belum pernah di tuai sebab belum nak guna lagi .Serai wangi ada tanam sebab pokok nie memang selalu guna untuk bersauna.
Pokok bunga berbau wangi dan yang tidak berbau pun ada tanam. Warna dan bau yang dihasilkan sedikit sebanyak dapat menjadi terapi minda dan mata sebab warna dan bau yang terhasil benar-benar menenangkan jiwa dan sedap mata memandang. Ada yang di tanam di pasu dan di tanah . Gabungan pokok-pokok ini menbolehkan kami mereka lanskap mengikut citarasa kami.
Pokok buah-buahan pulak dah banyak kali dapat merasa seperti pokok manggis, rambai telur (sekarang nie dah makin pupus), pokok pisang nipah , pisang kapas (utk buat sayur dan kerepek), pokok ceremai (nie pun spesis yg semakin pupus) dan limau bali.
Pokok buah yang baru ditanam semenjak berpindah, pokok mempelam siam, pulasan , jambu batu seedless dan longan. Nie tak tahulah tahun bila dapat merasa.
Betul juga kata orang-orang terdahulu..Berbudi Pada Tanah Mendatangkan Hasil
Bestnya ... byk giler pokok... saya ni mmg suka sgt bercucuk tanam... tapi duduk rumah mak mentua... susah skit.. tapi kdg2 tu beli gak pokok nak lepaskan gian menanam... letakla gambar byk2 lg, suka sgt tgk...
ReplyDelete