Monday, September 17, 2012

Raya di Layang-layang





16 Sept 2012 
Hari ini sebagai penutup tirai Syawal saya dah berjanji dengan kakak nak beraya rumah dia di Layang-Layang.Si cucu tu (Echa dan Afiq) ikut sama, bebudak ni memang pantang tengok Tok Mok n Nek Nem dia berjalan..mesti "Nek nak  itut lahhh".Kesian pulak kalau tak bawak.Ini pun first time Kak Ngah,Abd Daud , Wan dan Acid serta Jep ikut beraya. Pergi naik van n kereta coz mak dan kak Lin serta 2 anaknya (Ajim n Jihah) ikut sama.Pergi ramai-ramai ni seronok Setibanya di rumah kakak memang ngamlah dah waktu makan tengahari (12.30pm) .Kebetulan kakak baru selesai menghidangkan makanan. Perut dah berkeroncong krok..krok..krok..Sedap sungguh menjamah makanan apabila perut tengah lapar. Menu kakak ikan merah masak asam pedas, ayam goreng berempah, urap (kacang kecipir /botor,taugeh,kacang buncis). Dessert getuk ubi, jambu batu n agar-agar pandan, air limau nipis...Pergh...memang sodappppp...
Petangnya pulak kakak hidangkan Mee Laksa Kari + air teh panas.....pelik jugak biasanya guna mee kuning, Nie kakak guna mee laksa...Ok jugak rasanya.....
Lepas makan dalam pukul 4.30 pm kitaorang berangkat pulang. Tapi on the way singgah kat Kampung Keramoyang, Simpang Renggam ziarah mak kandung Acid...sekejap jer lepas tu gerak semula. Tiba di rumah pukul 6.15pm selepas hantar Kak Lin di Taman Megah. Nasib baik malam tiada agenda di mana-mana..so berehat sahaja kat rumah..
Isnin 17 Sept 2012 cuti pulak..seronok..seronok..apa-apapun

SELAMAT HARI  MALAYSIA

No comments:

Post a Comment