Thursday, July 29, 2010

Rumah keduaku...SFSB

           Diam tak diam hampir 16 tahun aku berkhidmat dengan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Mula-mula masuk  kerja tahun 1994 hanya bangunan kedai 2 tingkat di Jalan Pegawai dengan 4 staff di pejabat termasuk Pn Faiza. Tahun 1998 berpindah ke Kampung Peserai Pantai di mana dengan rezeki yang Allah berikan SFSB membina gudang sendiri dan menambah segala-galanya (staff, motor vehicle , asset ) . Memandangkan staff yang bertambah ramai, SFSB membuka satu pejabat operasi di Taman Maju bangunan 3 tingkat. 
          Bulan March. 2008 apa lagi yang boleh aku banggakan .....bangunan SFSB tersergam di Kawasan Perindustri Sri Gading 2  di mana semua bahagian disatukan di bawah satu bumbung (Logistik, Pentadbiran, Kewangan, Kawalan Kredit). Sekurang-kurangnya aku nampak perkembangan SFSB daripada A - Z.
         Bangga sungguh dengan Puan Hajah Faiza Bawumi Binti Sayed Ahmad, wanita cekal, tabah, tegas dan berani

Saturday, July 3, 2010

Resepiku

Menu minuman petang nie Nem buat lepas hubby tebang pokok Pisang Nipah  (Pisang Kepok bahasa Jawa) kat depan rumah. Geram tengok buahnya besar so nak goreng dah biasa sangat lagipun tepung beras dah kehabisan pulak, malas nak pergi kedai.  Buka petisejuk ada kulit popia, apalagi adjust ler..Senang jer nak buatnya, anak-anak pun boleh tolong jugak. Jengah-jengah ler cara membuatnya.

POPIA PISANG

Bahan-bahan :
Pisang-sebiji belah dua
Kulit popia
Telur -untuk melekatkan kulit  popia

Cara membuatnya :
Ambil pisang letakkan di atas kulit popia, lipat dan terus sapukan hujung kulit popia supaya ia melekat. Lepas tu gorenglah. Mudahkan

Biasanya Nem buat sambal kicap  sebagai pencicah. Biasalah orang Johor tak lari dari sambal kicap.  
SELAMAT MENCUBA


BEBOLA SAYUR PUNJUT

 Macam mana boleh tercetusnya makanan nie... Okey pernah makan kat Pizza order Fortune Pocket, samalah tu cuma kat Pizza intinyer ayam kot..Memandangkan anak-anak buah Nem tak suka makan sayur, cara yang berkesan untuk attract bebudak nie makan sayur buat macam nie...alhamdulillah diorang suka, cicah dengan sos cili lagi. Nak cuba buat, senang tau...

Bahan-bahan :

Carrot/Celery/Bayam-dicincang (sayur ikut sukahati)
Bebola Sotong/Ketam bersayur-dicincang
(dah cincang satukan kedua-dua bahan)
Kulit popia
Daun Kucai-dicelur (Bahan pengikat)

Cara membuatnya :

Letakkan  1 sudu bahan yang dicincang di atas kulit popia.
Punjutkan kulit popia
Ikatkan kulit popia dengan kucai yang telah dicelur
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.