Menu minuman petang nie Nem buat lepas hubby tebang pokok Pisang Nipah (Pisang Kepok bahasa Jawa) kat depan rumah. Geram tengok buahnya besar so nak goreng dah biasa sangat lagipun tepung beras dah kehabisan pulak, malas nak pergi kedai. Buka petisejuk ada kulit popia, apalagi adjust ler..Senang jer nak buatnya, anak-anak pun boleh tolong jugak. Jengah-jengah ler cara membuatnya.
POPIA PISANG
Bahan-bahan :
Pisang-sebiji belah dua
Kulit popia
Telur -untuk melekatkan kulit popia
Cara membuatnya :
Ambil pisang letakkan di atas kulit popia, lipat dan terus sapukan hujung kulit popia supaya ia melekat. Lepas tu gorenglah. Mudahkan
Biasanya Nem buat sambal kicap sebagai pencicah. Biasalah orang Johor tak lari dari sambal kicap.
SELAMAT MENCUBA
BEBOLA SAYUR PUNJUT
Macam mana boleh tercetusnya makanan nie... Okey pernah makan kat Pizza order Fortune Pocket, samalah tu cuma kat Pizza intinyer ayam kot..Memandangkan anak-anak buah Nem tak suka makan sayur, cara yang berkesan untuk attract bebudak nie makan sayur buat macam nie...alhamdulillah diorang suka, cicah dengan sos cili lagi. Nak cuba buat, senang tau...
Bahan-bahan :
Carrot/Celery/Bayam-dicincang (sayur ikut sukahati)
Bebola Sotong/Ketam bersayur-dicincang
(dah cincang satukan kedua-dua bahan)
Kulit popia
Daun Kucai-dicelur (Bahan pengikat)
Cara membuatnya :
Letakkan 1 sudu bahan yang dicincang di atas kulit popia.
Punjutkan kulit popia
Ikatkan kulit popia dengan kucai yang telah dicelur
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment