Sunday, August 29, 2010

POPIA NESTUM

Dah menjadi dah.., senang jer rupanya buat Popia Nestum nie. Hasil kerja hari minggu 29/8 . Senang, Ringkas, Sedap...dah boleh buat hidangan Hariraya tahun nie. Resepi mudah saja...nak cuba amik nie :-

Bahan-bahannya :
1 bungkus kulit popia
-saya potong dua sebab nak dapat kecil2 jer
-gulung lepas tu potong ikut suka
-digoreng hingga kekuningan

1 1/2 cawan nestum
1 cawan Horlicks
1/2 cawan gula halus
-gula saya guna tak sampai 1/2 sebab tak suka manis
-3 bahan tu dikisar

Gaulkan bahan-bahan tu apabila popia telah sejuk . Simpan dalam bekas kedap udara.

******************


Friday, August 13, 2010

Sekebun Cinta

Lihatlah dunia..hasil usahaku, walaupun sibuk dengan perkerjaan , minat menanam nie tetap subur macam tanaman nie jugak. Biasanya saya menanam waktu hujung minggu jika ada kelapangan. Tak terasa bila kita menanam , pergi kerja balik kerja sedar-sedar tanaman  membesar dan mengeluarkan hasil. Sekarang nie saya menanam di sebelah rumah jer , bukannya apa senang nak menyiram dan membelainya. Dalam gambar tu saya ada kacang botor, serai, daun kunyit, cili api, kunyit hitam (terlindung pokok serai) dan cekur. Alhamdulillah ia hidup subur. Tulahkan bila kita berbudi pada tanah dapat hasilnya...kan..kan..kan

Monday, August 9, 2010

NYUM...NYUM...CHOCOLATE

"CHOCOLATE"
adoiyai sebenarnya bukan favourite saya pun.....tetapi memandangkan saya suka mencuba dan tengok anak-anak buah makan, maka inilah hasil bila ada masa hujung minggu...

Chocodates
Kurma nie dah 2 minggu kat peti sejuk, hubby dapat ole-ole masa gie tahlil .Kita suamiisteri makan tak banyak mana pun , anak-anak buah jeling jer bukak kotak pun tak. diaorang memang tak berapa suka makan kurma. Memandangkan stock cooking chocolate dan buttercup ada lagi, apalagi inilah projek hari Sabtu (7/8). Bila dah buat macam nie tak cukuplah jawabnyer........
Chocoapples
La..la..la.. kalau dah start mencelup chocolate, selagi ada benda nak dicelup saya celuplah....Okey, cerita apple pulak. Hari Jumaat (6/8) kat office SFSB ada buat tahlil (nie tahun ke-2 kitaorang buat) ,ada buat jamuan sikit..Asmawati sumbang buah Apple Fuji (thanks Wati, mudah-mudahan rezeki bertambah) so saya buat Chocoapples nie guna apple tu ler....Hah rasa-rasa teringin nak buat tak. Buat jangan tak buat.