"CHOCOLATE"
adoiyai sebenarnya bukan favourite saya pun.....tetapi memandangkan saya suka mencuba dan tengok anak-anak buah makan, maka inilah hasil bila ada masa hujung minggu...
Chocodates
Kurma nie dah 2 minggu kat peti sejuk, hubby dapat ole-ole masa gie tahlil .Kita suamiisteri makan tak banyak mana pun , anak-anak buah jeling jer bukak kotak pun tak. diaorang memang tak berapa suka makan kurma. Memandangkan stock cooking chocolate dan buttercup ada lagi, apalagi inilah projek hari Sabtu (7/8). Bila dah buat macam nie tak cukuplah jawabnyer........
Chocoapples
La..la..la.. kalau dah start mencelup chocolate, selagi ada benda nak dicelup saya celuplah....Okey, cerita apple pulak. Hari Jumaat (6/8) kat office SFSB ada buat tahlil (nie tahun ke-2 kitaorang buat) ,ada buat jamuan sikit..Asmawati sumbang buah Apple Fuji (thanks Wati, mudah-mudahan rezeki bertambah) so saya buat Chocoapples nie guna apple tu ler....Hah rasa-rasa teringin nak buat tak. Buat jangan tak buat.
No comments:
Post a Comment