Thursday, July 29, 2010

Rumah keduaku...SFSB

           Diam tak diam hampir 16 tahun aku berkhidmat dengan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Mula-mula masuk  kerja tahun 1994 hanya bangunan kedai 2 tingkat di Jalan Pegawai dengan 4 staff di pejabat termasuk Pn Faiza. Tahun 1998 berpindah ke Kampung Peserai Pantai di mana dengan rezeki yang Allah berikan SFSB membina gudang sendiri dan menambah segala-galanya (staff, motor vehicle , asset ) . Memandangkan staff yang bertambah ramai, SFSB membuka satu pejabat operasi di Taman Maju bangunan 3 tingkat. 
          Bulan March. 2008 apa lagi yang boleh aku banggakan .....bangunan SFSB tersergam di Kawasan Perindustri Sri Gading 2  di mana semua bahagian disatukan di bawah satu bumbung (Logistik, Pentadbiran, Kewangan, Kawalan Kredit). Sekurang-kurangnya aku nampak perkembangan SFSB daripada A - Z.
         Bangga sungguh dengan Puan Hajah Faiza Bawumi Binti Sayed Ahmad, wanita cekal, tabah, tegas dan berani

1 comment:

  1. salam, akak anem, saya mastura. saya nak buat assingment mengenai puan faiza. saya nak bertanya mengenai cara beliau treat her staff. boleh ke kalo akak drop an email dulu dekat saya punya email. nikmastura@hotmail.com

    ReplyDelete