Thursday, September 20, 2012

Koleksi kesayangan-Miniature Car

Ini salah satu koleksi kesayangan saya, Miniature Car...mula-mula minat mengumpul 
pada tahun 2000. Masa tu pergi makan angin ke Mersing stay kat Chalet Sri Mersing 1 malam. 
Kebetulan masa tu ada Expo Keusahawanan kalau tak silaplah, jalan punya jalan kat gerai-gerai jualan terpandang pulak susunan kereta kecil yang pelbagai warna dan bentuk.
 Menarik sungguh,,tu yang awalnya cuma beli 5 buah tapi sekarang dah bertambah .
Sebahagian miniature yang tinggal, ada yang tak dapat diselamatkan...dah bertukar tuan  sedih tau
Kalau anak-anak saudara atau cucu saudara datang rumah, diorang memang lekalah bermain...
memang dah pesan lepas main letak balik di tempat asal dan tak boleh bawak balik...Kedekutkan..kahkahkah
Echa & Afiq leka bermain...lepas main simpan ye sayang

Pais Ikan Cencaru

20 September 2012
Mood memasak  sudah datang, walaupun ringkas yang penting masak kecuali Hubby kata 
tak payah masak ,kita makan luar sahaja. (Senyum sampai telinga u...hahahaha)
.Resepi hari ini Ikan Pais Cencaru dan Asam Rebus Kacang Panjang

IKAN PAIS CENCARU

Bahan-bahan :
5 ekor ikan cencaru dibelah belakang
(saya suka cencaru putih tempatan coz   rasanya manis)
Daun pisang secukupnya
Bahan dikisar :-
10 tangkai lada kering
2 sudu pes tomyam
1 batang serai-dikisar
2 helai daun limau purut dimayang

Cara-caranya :
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Tutup api
2. Ambil sesudu bahan ditumis dan sumbatkan dalam ikan,
3. Bungkus ikan dengan daun pisang dan cucuk dgn lidi dihujungnya
4. Bakar/Panggang ikan sehingga masak

Taraaaa...dah siap, ringkas ...betul tak. Biasanya rencah saya  buat sendiri tapi kali ni try letak pes tomyam menjadik jugak. Suka sangat bila tengok Hubby berselera makan ,..tu maknanya sedaplah tu  (perasan lah pulak)
 
ASAM REBUS KACANG PANJANG

Bahan-bahan
 10 tangkai kacang panjang (di patah-patah jer)
2 keping tahu (potong ikut suka)
2 biji tomato (potong ikut suka)
Air asam atau 1 keping asam keping (kalau suka masam bolehlah ditambah lagi)
Bahan ditumbuk/kisar
ikan bilis
bawang putih
bawang besar

Cara-cara :-
1.Masukkan asam keping, air dan bahan yang telah ditumbuk  ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
2.Setelah mendidih masukkan kacang, tauhu dan tomato serta serbuk perasa.
3.  Apabila mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Masakan kampung yang paling ringkas, mudah dan cepat....
SELAMAT MEMASAK KEKAWAN

nota : Tak dapat jadi Masterchef Malaysia, jadi Masterchef di hati hubby pun jadilah


Wednesday, September 19, 2012

MARI BERCUCUK TANAM

Saya dan hubby memang minat sangat menanam pokok bunga dan tanaman edible. Kawasan tanah yang luas membolehkan minat kami di masa lapang terlaksana. Ada juga tanaman di tanam dalam pasu selain di tanah. Tapi kalau tanam di tanah lagi gemuk lah...macam tuannya  hahahaha

Edible Garden....best kan bunyinya. Seronok kalau apa yang diusahakan dapat dinikmati bersama.
Selain memanfaatkan masa yang terluang, aktiviti berkebun ini juga menyumbang kepada ekonomi rumah tangga. Kos dan masa dapat dikurangkan , dapat berjimat-cermat tak payah ke kedai semata-mata nak membeli sehelai dua daun kunyit atau sebatang serai . Secara tak langsung tanaman yang ada dapat dikongsi nikmatnya dengan jiran tetangga (dapat jugak pahala bersedekah yang penting ikhlas, insyaallah).Banyak juga yang dah di tanam antaranya untuk kegunaan harian ...serai, kunyit, halia, cekur, limau purut,  lada ,daun kesum, pokok kantan ,pokok kari dan limau kasturi (bunga kasturi baunya perghh wangi sangat..aromaterapi nie),.

Pokok kantan nie sentiasa berbunga...suka tengok warnanya..cantik

Pokok herba lain yang kami tanam seperti lempoyang, halia bara, temu hitam (kunyit hitam). Setakat nie tanam sahaja belum pernah di tuai sebab belum nak guna lagi .Serai wangi ada tanam sebab pokok nie memang selalu guna untuk bersauna.

Pokok bunga berbau wangi dan yang tidak berbau pun ada tanam. Warna dan bau yang dihasilkan sedikit sebanyak dapat menjadi terapi minda dan mata sebab warna dan bau yang terhasil benar-benar menenangkan jiwa dan sedap mata memandang. Ada yang di tanam di pasu dan di tanah . Gabungan pokok-pokok ini menbolehkan kami mereka lanskap mengikut citarasa kami.









Pokok buah-buahan pulak dah banyak kali dapat merasa seperti pokok manggis, rambai telur (sekarang nie dah makin pupus), pokok pisang nipah , pisang kapas (utk buat sayur dan kerepek), pokok ceremai (nie pun spesis yg semakin pupus) dan limau bali.




Pokok buah yang baru ditanam semenjak berpindah, pokok mempelam siam, pulasan , jambu batu seedless dan longan. Nie tak tahulah tahun bila dapat merasa.
Betul juga kata orang-orang terdahulu..Berbudi Pada Tanah Mendatangkan Hasil


Suka-suka nak masak

Ikan Layur  Masak Tauchu 
Hari ini Mr hubby kata tengahhari dia tak makan nasi, cuma makan mee goreng, so dalam minda dah mula berfikir apa menu nak masak untuk makan malam. Lastly Hubby kata dah lama tak makan ikan masak tauchu , apalagi terus jer pergi pasaraya berdekatan kampung. Luckly ada ikan layur (warna kuning), nie memang sedap masak tauchu. Kalau ikan timah (warna silver) tak berapa best. Malam nie tak masak sayur coz hubby kata tak payah, dia nak makan ngan ulam timun jer...I suka jer
Setibanya di rumah terus sajer masak nasi, bersihkan ikan then letak garam dan kunyit (ikan digoreng dulu) baru proses menumis bumbunya.



Ikan Timah

Ikan Layur (ada warna kuning)

Siap masak terus hidangkan ,hubby makan dengan Erol (anak saudara), biasa kalau lunch dah makan nasi dinner saya makan ringan-ringan jer. 
Ini ler rupanya hasil masakan saya
My resepi : Ikan Layur Masak Tauchu
1 ekor ikan Layur (digoreng bersama kunyit dan garam)
Bahan di kisar:-
8 ulas bawang kecil
3 cm kunyit
5 cm halia
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Bahan-bahan lain:-
3 sudu tauchu masin
1 labu bawang besar-dimayang
2 batang serai-di titik
2 biji tomato-(potong ikut suka)
Air asam secukupnya

Cara memasak:-
1. Tumis bawang besar dan serai sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan dikisar dan tauchu ,tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air asam, selepas mendidih masukkan ikan yang telah digoreng.
4. Masukkan tomato kemudian tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, September 17, 2012

Raya di Layang-layang





16 Sept 2012 
Hari ini sebagai penutup tirai Syawal saya dah berjanji dengan kakak nak beraya rumah dia di Layang-Layang.Si cucu tu (Echa dan Afiq) ikut sama, bebudak ni memang pantang tengok Tok Mok n Nek Nem dia berjalan..mesti "Nek nak  itut lahhh".Kesian pulak kalau tak bawak.Ini pun first time Kak Ngah,Abd Daud , Wan dan Acid serta Jep ikut beraya. Pergi naik van n kereta coz mak dan kak Lin serta 2 anaknya (Ajim n Jihah) ikut sama.Pergi ramai-ramai ni seronok Setibanya di rumah kakak memang ngamlah dah waktu makan tengahari (12.30pm) .Kebetulan kakak baru selesai menghidangkan makanan. Perut dah berkeroncong krok..krok..krok..Sedap sungguh menjamah makanan apabila perut tengah lapar. Menu kakak ikan merah masak asam pedas, ayam goreng berempah, urap (kacang kecipir /botor,taugeh,kacang buncis). Dessert getuk ubi, jambu batu n agar-agar pandan, air limau nipis...Pergh...memang sodappppp...
Petangnya pulak kakak hidangkan Mee Laksa Kari + air teh panas.....pelik jugak biasanya guna mee kuning, Nie kakak guna mee laksa...Ok jugak rasanya.....
Lepas makan dalam pukul 4.30 pm kitaorang berangkat pulang. Tapi on the way singgah kat Kampung Keramoyang, Simpang Renggam ziarah mak kandung Acid...sekejap jer lepas tu gerak semula. Tiba di rumah pukul 6.15pm selepas hantar Kak Lin di Taman Megah. Nasib baik malam tiada agenda di mana-mana..so berehat sahaja kat rumah..
Isnin 17 Sept 2012 cuti pulak..seronok..seronok..apa-apapun

SELAMAT HARI  MALAYSIA

Sunday, September 16, 2012

Kembali ke dapur

Ayam Masak Lemak Cili Api + Sayur Campur


Syawal bakal melabuhkan tirainya, maka bermulalah episod masak-memasak kat rumah. Mana taknya sepanjang Aidilfitri setiap minggu dan hari-hari biasa ada sahaja jemputan ke Rumah Terbuka dan Marhaban . Alhamdulillah amalan ziarah-menziarahi masih kekal dan diamalkan oleh masyarakat kita.Keep it up.
So hari ini saya masak ayam masak lemak cili api dan sayur campur (kobis, carrot, baby corn). Seronok tengok hubby makan   yelah dah lama tak makan hasil air tangan isteri.