Tuesday, December 25, 2012

Fish Fillet with Mashed Potato, Sausage & Coleslow

Malam nie dinner macam heavy jer...macam manalah tak naik berat badan..
Senang jer buat nie...ubah jer resepinya ikut gerak hati...

Fish Fillet
2 ekor ikan selampai-hiris ambil isi sajer bubuh garam sedikit
(nie baru naik dari laut. Info ikan nie..isinya memang tawar)
1 biji telur
Tepung Jagung
***Hirisan ikan dicelup kedalam telur, golekkan atas tepung jagung kemudian goreng.

Mashed Potato
5 biji kentang-dikupas kulit dan rebus bubuh sedikit garam
2 sudu butter
lada hitam/lada sulah
sedikit oregano (kalau tak ada pun boleh)
***Apabila kentang sudah empuk, buang airnya masukkan butter,oregano,ladahitam/lada sulah kemudian lenyek sehingga halus.

Coselow
1 batang Carrot-dimayang/dipotong halus
1/4 kobis bulat-dimayang/dipotong halus
4 sudu mayonis
1 labu bawang besar-potong halus
***Gaulkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam fridge

Sausage
15 batang sausage-digoreng
Gravy Sauce Blackpaper
1 labu besar-potong halus
3 ulas bawang putih-potong halus
1 sb lada hitam-kisar kering
4 sb butter
2 sb perisa ayam
2 cawan air
2 sb tepung jagung
***Panaskan butter, masukkan bwg besar & putih kemudian air yang telah dibancuh dengan tepung jagung. Taburkan kiub ayam dan lada hitam yg telah dikisar. Apabila sudah mendidih tutup api dan sedia untuk dimakan.




Manfaatkan barang terpakai, elakkan pembaziran

Barangan yang telah lama atau rosak biasanya akan dibuang begitu sahaja. Sebagai contoh penutup balang kuih, apabila getahnya telah rosak makanan yang disimpan didalamnya akan lemau.Daripada dibuang  balang kuih tersebut apakata dimanfaatkan menjadi bekas menyimpan barang keperluan harian. 


Buang getah disekeliling penutup balang kuih dan jadikan ia bekas menyimpan bahan masakan seperti asam,garam, kunyit dan sebagainya.
Boleh juga dijadikan pasu bunga dengan menggunakan medium air dan batu sungai
Ribbon plant ditanam di dalam botol plastik yang diisi air. 
Peringatan : Air hendaklah kerap ditukar untuk mengelakkan  nyamuk membiak.
 

Tuesday, December 4, 2012

Creamy Carbonara Jawa-Banjar (Boleh Gitu)

Dah lama tak update blog nie....rindu pulak. Atas permintaan Hubby, semalam masak sphagetti. Biasanya makan ikut Italian punya citarasa..tapi kali nie Mama Anem (MA) ubah citarasanya ikut selera hubby pulak..Yang pasti Creamy Carbonara nie tak memuakkan...dan hubby suka
Ok macam biasa resepinya simple jer
Hidangan 4 orang jer ye...kalau ramai tambah bahan lagi

Bahan-bahan adalah :

1/2 bungkus Sphagetti
10 ekor udang
5 ekor sotong
1 tin kecil  Creamy Mushroom (biasa guna Prego)
1 labu bawang besar-dicincang (suka bawang Hollan coz manis )
4 ulas bawang putih-dicincang
4 biji cili padi hijau/merah (maklumlah tekak Melayu mandang nak pedas jer)
4 biji cendawan butang-dihiris
1 helai bayleaf
1 sk oregano


Cara-cara nak memasak:
1.Panaskan kuali, bubuh minyak (biasanya MA guna minyak zaitun)
2.Tumis bahan dicincang hingga naik bau kemudian masukkan cendawan
3.Masukkan Creamy Mushroom,bayleaf, oregano,sedikit bahan perasa
4.Akhir sekali masukkan sotong dan udang yang telah dimasak berasingan (utk mengelakkan rasa kuat dalam Sphagetti)
5.Siap untuk dihidangkan. Boleh tambah daun sup untuk hiasan & naikkan aromanya

Sunday, November 4, 2012

Mengerepek bukan merepek ye


Hubby baru tebang pisang kapas kat kebun, dapatlah 3 tandan. Kebetulan abang ipar datang so dia bawa balik 2 tandan ,boleh  buat kuih untuk jualan katanya. Satu tandan lagi saya nak buat kerepek pisang (nie tengah rajin )...hrmmm bukan masa nak raya jer boleh buat..hari-hari biasa pun boleh...Eh tak jadi 1 tandan , saya guna 2 sisir jer..selebihnya bagi kakak boleh jugak dia buat sayur pisang.
Ok sedia untuk mengerepek ....Mula-mula
Kupas kulit pisang 
(hubby volunteer nak kupas guna  sagat siap pakai glove lagi maklumlah getah pisang susah nak tanggal)
Sediakan air garam + pewarna "Yellow Egg"
Panaskan minyak
Apabila minyak panas sagat pisang panjang2 (cantik sikit, kalau bulat2 kecik)
Campurkan air garam
Goreng sehingga kekuning-kuningan
Angkat dan toskan minyak
 Simpan di dalam bekas kedap udara bila dah sejuk

Nilah hasilnya.....KEREPEK PISANG KAPAS..makan sambil menonton TV

Tuesday, October 30, 2012

Masak suka-suka

Dah ketandusan idea ,daging korban nak masak apa? Meh share resepi sempoi  bidan terjun nie. Apa nak bagi nama resepi nie yek...Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang

Bahan-bahan :
1/2 kg daging lembu
10 batang kacang panjang
Bahan kisar :-
2 inch halia
1 inch kunyit hidup
1 labu bawang besar
 ulas bawang puith
cili api (ikut suka)
1 sd serbuk kari

1. Kisar kering semua bahan
2. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
3. Masukkan daging, masak hingga empuk (tak perlu masukkan air coz daging dah mengeluarkan air tapi boleh masukkan air jika perlu)
4.Sebelum diangkat. tambahankan bahan perasa dan masukkan kacang panjang

Makan dengan nasi panas....sodapppp

Thursday, September 20, 2012

Koleksi kesayangan-Miniature Car

Ini salah satu koleksi kesayangan saya, Miniature Car...mula-mula minat mengumpul 
pada tahun 2000. Masa tu pergi makan angin ke Mersing stay kat Chalet Sri Mersing 1 malam. 
Kebetulan masa tu ada Expo Keusahawanan kalau tak silaplah, jalan punya jalan kat gerai-gerai jualan terpandang pulak susunan kereta kecil yang pelbagai warna dan bentuk.
 Menarik sungguh,,tu yang awalnya cuma beli 5 buah tapi sekarang dah bertambah .
Sebahagian miniature yang tinggal, ada yang tak dapat diselamatkan...dah bertukar tuan  sedih tau
Kalau anak-anak saudara atau cucu saudara datang rumah, diorang memang lekalah bermain...
memang dah pesan lepas main letak balik di tempat asal dan tak boleh bawak balik...Kedekutkan..kahkahkah
Echa & Afiq leka bermain...lepas main simpan ye sayang

Pais Ikan Cencaru

20 September 2012
Mood memasak  sudah datang, walaupun ringkas yang penting masak kecuali Hubby kata 
tak payah masak ,kita makan luar sahaja. (Senyum sampai telinga u...hahahaha)
.Resepi hari ini Ikan Pais Cencaru dan Asam Rebus Kacang Panjang

IKAN PAIS CENCARU

Bahan-bahan :
5 ekor ikan cencaru dibelah belakang
(saya suka cencaru putih tempatan coz   rasanya manis)
Daun pisang secukupnya
Bahan dikisar :-
10 tangkai lada kering
2 sudu pes tomyam
1 batang serai-dikisar
2 helai daun limau purut dimayang

Cara-caranya :
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Tutup api
2. Ambil sesudu bahan ditumis dan sumbatkan dalam ikan,
3. Bungkus ikan dengan daun pisang dan cucuk dgn lidi dihujungnya
4. Bakar/Panggang ikan sehingga masak

Taraaaa...dah siap, ringkas ...betul tak. Biasanya rencah saya  buat sendiri tapi kali ni try letak pes tomyam menjadik jugak. Suka sangat bila tengok Hubby berselera makan ,..tu maknanya sedaplah tu  (perasan lah pulak)
 
ASAM REBUS KACANG PANJANG

Bahan-bahan
 10 tangkai kacang panjang (di patah-patah jer)
2 keping tahu (potong ikut suka)
2 biji tomato (potong ikut suka)
Air asam atau 1 keping asam keping (kalau suka masam bolehlah ditambah lagi)
Bahan ditumbuk/kisar
ikan bilis
bawang putih
bawang besar

Cara-cara :-
1.Masukkan asam keping, air dan bahan yang telah ditumbuk  ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
2.Setelah mendidih masukkan kacang, tauhu dan tomato serta serbuk perasa.
3.  Apabila mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Masakan kampung yang paling ringkas, mudah dan cepat....
SELAMAT MEMASAK KEKAWAN

nota : Tak dapat jadi Masterchef Malaysia, jadi Masterchef di hati hubby pun jadilah