Wednesday, October 5, 2011

Ikan Kering Kapak Masak Asam


Ikan Kering Kapak Masak Asam
Balik kerja semalam, teringin pulak nak makan bubur nasi berlaukkan ikan kering kapak masak asam. Bahan-bahan dah ada kat rumah so tak perlu ke kedai lagi. Sekejap jer masaknya.
Bahan-bahannya (untuk 2 orang )

1 ekor ikan kering kapak
Lobak masin (dipotong kecil)
Kentang (potong ikut suka)
Buah tomato (potong ikut suka)
Bahan kisar
5 biji cili padi merah
5 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 cm halia

Air asam secukupnya
Garam (tak perlu sebab lobak & ikan dah masin)
Serbuk perasa (ikut suka, saya tak letak pun)

Caranya:-
1-Tuang minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau
2-Masukkan kentang masak hingga separa empuk kemudian masukkan ikan kering ,lobak masin dan buah tomato.
3-Masukkan air asam , apabila mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment