Diam tak diam hampir 16 tahun aku berkhidmat dengan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Mula-mula masuk kerja tahun 1994 hanya bangunan kedai 2 tingkat di Jalan Pegawai dengan 4 staff di pejabat termasuk Pn Faiza. Tahun 1998 berpindah ke Kampung Peserai Pantai di mana dengan rezeki yang Allah berikan SFSB membina gudang sendiri dan menambah segala-galanya (staff, motor vehicle , asset ) . Memandangkan staff yang bertambah ramai, SFSB membuka satu pejabat operasi di Taman Maju bangunan 3 tingkat.
Bulan March. 2008 apa lagi yang boleh aku banggakan .....bangunan SFSB tersergam di Kawasan Perindustri Sri Gading 2 di mana semua bahagian disatukan di bawah satu bumbung (Logistik, Pentadbiran, Kewangan, Kawalan Kredit). Sekurang-kurangnya aku nampak perkembangan SFSB daripada A - Z.
Bangga sungguh dengan Puan Hajah Faiza Bawumi Binti Sayed Ahmad, wanita cekal, tabah, tegas dan berani.