Mula-mula dengar kakak saya cakap nak beli durian goreng, rasa pelik pulak bunyinya!!!!!Masa tu bulan July last year on the way nak ke JB so singgah kat depan SHARP-ROXY (ada kedai menjual buah-buahan dan disebelahnya ada orang menjual goreng-goreng). Tapi durian goreng nie cuma ada pada masa musim durian jer. Not bad lah rasanya, macam cempedak goreng jugak.
Durian Goreng |
Memandangkan sekarang nie musim durian, 06/06/12 kakak saya bagi durian so ada lebih tak habis makan ,nanti dibiarkan 'masuk angin' tak sedap pulak. Apa lagi saya cuba-cubalah membuat durian goreng.
Resepi Durian Goreng
Durian (tak perlu buang biji)
Cara membuat tepung goreng durian (sama seperti tepung goreng yang lain )
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Air secukupnya
Garam secukup rasa (saya agak-agak jer)
Pewarna kuning (sedikit sahaja)
Minyak masak secukupnya
Bancuhkan kesemua bahan-bahan. Jangan terlalu cair, biarkan pekat sedikit supaya dapat menyaluti durian.
Apabila minyak sudah panas celupkan durian ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuning-kuningan.
p/s : Nanti nak cuba buat jemput-jemput durian pulak.
No comments:
Post a Comment