Monday, June 18, 2012

MENU 17 JUN 2012

Setiap minggu hubby asyik ajak makan kat luar . Bilalah si isterinya nie nak masak kat rumah. This week hubby ajak lunch kat Asam Pedas Parit Haji Salam. Adoiyai asam pedas lagi...dah muak dah. Rindu pulak masakan sendiri. Minggu nie I nak masak pulak...so hubby tak leh kata apalah kan. Sebahagian stok ada kat fridge, mana yang tak ada hubby berbelanjalah kat kedai berdekatan.
So menu hari ini sayur chap-chai, sotong sumbat lemak cili padi, ayam dan ikan goreng.

Sotong Sumbat Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :-

10 ekor sotong - bersihkan buang kulit
2 biji telur - dibuat scramble (campur mix vege pun boleh)
Bahan kisar:
4 ulas     -bawang putih
6 ulas     -bawang merah
15 biji     -cili padi
1 batang - serai (dititik)
1 biji      -kelapa (ambil santan pekat sahaja)
1 kpg      -asam keping
5 biji      - tomato ceri
(selain tomato ceri..tomato biasa, belimbing buluh pun boleh ikut suka lah)
sedikit garam.

Cara-caranya :-
1. Sumbatkan scramble egg dalam sotong, pastu tu cucuk dengan lidi  supaya telur tak terkeluar.
2. Goreng sotong yg sudah disumbat menggunakan minyak yang sedikit. Bakar pun boleh lagi yummy
3. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak (mak kata).
4. Masukkan santan kacau hingga mendidih/pekat..tambahan bahan perasa dan masukkan sotong yang telah digoreng/dibakar.
5. Dah selesai , bolehlah dihidangkan.

Sayur Chap-chai

Bahan-bahan :-

1 bkgs     -cendawan mancis
1 bkgs     -sweet peas
1 bkgs     -jagung muda
1 bkgs     -baby carrot
10biji      -tomato ceri
*sayuran ikut suka, saya guna apa yang ada kat fridge
3 ulas      -bawang putih (dicincang)
2 sudu teh-sos tiram
1 sudu besar-tepung jagung
sedikit minyak bijan

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga kekuningan, masukkan minyak bijan dan sos tiram dan tepung jagung, masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur-sayuran (cendawan mancis last sekali).
3. Tambahkan bahan perasa dan sedia untuk dihidangkan.

Mudahkan memasak nie..yang penting ada bahan ada kemahuan pandai nak mengubah masakan. Satu lagi sebelum memasak, tanya dulu menu yang kita nak masak tu samaada hubby setuju tak. Kot-kot dah masak dia tak nak makan pulak....kita yang makan hati nanti.

Alhamdullillah my hubby tak cerewet selalu beri idea nak makan apa (coz si isteri  dah ketandusan idea nak masak apa) hahaha...




Wednesday, June 6, 2012

Meh Cuba Durian Goreng

Mula-mula dengar kakak saya cakap nak beli durian goreng, rasa pelik pulak bunyinya!!!!!Masa tu bulan July last year on the way nak ke JB so singgah kat depan SHARP-ROXY (ada kedai menjual buah-buahan dan disebelahnya ada orang menjual goreng-goreng). Tapi durian goreng nie cuma ada pada masa musim durian jer. Not bad lah rasanya, macam cempedak goreng jugak.

Durian Goreng

Memandangkan sekarang nie musim durian, 06/06/12 kakak saya bagi durian so ada lebih tak habis makan ,nanti dibiarkan 'masuk angin' tak sedap pulak. Apa lagi saya cuba-cubalah membuat durian goreng.

Resepi Durian Goreng

Durian (tak perlu buang biji)

Cara membuat tepung goreng durian (sama seperti tepung goreng yang lain )
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Air secukupnya
Garam secukup rasa (saya agak-agak jer)
Pewarna kuning (sedikit sahaja)
Minyak masak secukupnya

Bancuhkan kesemua bahan-bahan. Jangan terlalu cair, biarkan pekat sedikit supaya dapat menyaluti durian.
Apabila minyak sudah panas celupkan durian ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuning-kuningan. 

p/s : Nanti nak cuba buat jemput-jemput durian pulak.