Monday, December 12, 2011

Sweet Day-Masuk Rumah Baru

Khamis.03 November,2011- Secara rasminya berpindah ke rumah baru. Siapalah yang tak seronok masuk rumah baru .Selalunya balik dari kerja ,lalu jer depan rumah bila agaknya nak berpindah. Tapi memang dah plan nak masuk before Hariraya Aidiladha 07/11/2011, Sebelum nie banyak kali tertangguh .Tension betul. Lastly my hubby kata kalau nak pindah better pindah hari Khamis or Jumaat, so apalagi mulalah pack yang perlu jer sebab rumah sewa ngan rumah baru dekat jer.

Meh cuci mata tengok rumah yer


Ini ler rumah saya dari pandangan hadapan

Balkoni bersebelahan master bedroom



Ruang tamu ke-2 cum TV & ruang makan/kitchen

 Tungguuuuu kita upload pic yang lain....
Seronok..seronok..seronok
tapi banyak lagi yang perlu di kemas..Adoiyai









Saturday, October 22, 2011

Lauk Kampung

Turi Masak Lemak
Dah lama tak masak sayur turi, kebetulan jiran depan rumah beri sayur turi yang diambil dari rumah mak mertua dia, so my hubby kata selalunya goreng jer jadik kali ni dia suruh masak lemak letak keledek oren or purple. Apalagi sibuklah dia membeli keledek dengan santan. Bahan-bahan masakan seperti biasa masak sayur lemak. 

Cuba lihat bahannya yer...
2 ikat sayur turi
2 biji keledek -potong ikut suka 
(tak kisahlah putih, oren, purple janji keledek)
Bahan ditumbuk:-
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
ikan bilis
garam

1. Keledek direbus terlebih dahulu
2. Apabila telah empuk masukkan bahan yang telah ditumbuk
3. Masukkan santan dan apabila sudah mendidih masukkan pula sayur turi.
4. Setelah mendidih letakkan bahan perasa .


Sedia untuk dihidangkan bersama-sama ikan kering/pekasam dan sambal belacan mangga..Perghh..Sodap

Friday, October 21, 2011

Terapi Minda dan Mata

Bunga-bungaan
Untungnya kalau ada ruang untuk berkebun, tak kiralah tanam sayur ker, bunga ker, tanaman herba ker yang pastinya tanaman nie semua ada kebaikannya tersendiri. Nak bercerita panjang tak reti, so apa kata intai-intai apa pokok yang dah saya tanam. 







 Memang leka kalau ada minat menanam nie, kadang-kadang malam pun jadik membelek pokok...Seronokkk....
Meh intai lagi koleksi pokok bunga kat rumah saya

ORKID..ORKID..ORKID



Apabila  tengok bunga-bunga kembang mekar, dapat menghilangkan stress seharian bekerja , warna-warna bunga dan daun yang menghijau dapat merehatkan mata dan bau wangi bunga dapat merehatkan minda. Terapi alam semulajadi tuuuu...
Tanaman Dapur
Nak tengok lagi...Kali nie tanaman yang boleh di makan pulak.
Kadang-kadang apabila nak masak bahan tak cukup. nak guna sikit jer..kalau ada tanam kan senang. Tak kiralah tanam kat tanah ker, kat pasu ker..janji apabila nak guna ada tak payah nak pergi kedai membeli. Antara tanaman dapur yang saya tanam..cilipadi,kunyit, pandan, selasih, limau purut. limau kasturi, bunga kantan, daun kari , cekur, serai...Tapi nie jer yang ada dalam koleksi saya..
Lada
Pokok Limau Kasturi

Buah Limau Kasturi

Pokok Limau Purut
Buah Markisa



Pokok Markisa
Pokok Ciku
Pokok Selasih
Pokok Labu Air






Sunday, October 16, 2011

Kering-kontang, Layu

Aktiviti hujung minggu nie...membersihkan laman rumah. Kesian tengok pokok pasuan kat rumah ada yang dah tinggal pasu jer (pokok bunganya dah mati, tak dapat nak selamatkan). Nak hidup punyalah susah, baru beberapa hari cuaca panas terik dah layu coz kurang air.
Pokok pasuan dah layu dan ada yang dah mati (tinggal pasu jer)..sedey tau

Pokok Daisi dah berputik tapi layu coz cuaca panas sesangat
Rumput dah mula menjalar kat pokok orkid..tak sempat selenggara hari ni..next week jer lah

Nielah akibatnya kalau tak rajin jenguk-jenguk pokok, seminggu sekali baru ada masa jenguk tapi tak buat apa-apa pun, tengok jer. (maklumlah pindah rumah sewa tak bawak pun pokok pasuan nie). So hari nie memang dah plan nak kemaskan pokok bunga,. Kerja-kerja merumput, mengembur tanah, menyusun semula, membakar daun kering ,trim pokok dan memacam lagi lah buat. memang letih dibuatnya. Baru satu area jer...adoyai nampaknya next week banyak lagi yang nak diselenggara....



Saturday, October 15, 2011

Abstract..Abstract..Abstract

Masa supplier cermin tingkap datang nak ukur cermin dia bawak sekali catalog pintu cabinet n pintu bilik air...hati sudah terpaut kat pintu bilikair. Belek punya belek corak abstract yang sukaaaa sangat...tak payah nak deco-deco dinding...so inilah hasilnya. Yang pasti hubby pun suka ngan corak nie, semalam 15/10/2011 balik dari kerja supplier tu dah siap pasang..
Dah siap pasang, apalagi waktu untuk menghabiskan RM ler...huk..huk..huk..Apa-apa pun still under budget..Yahooo...... 

My Wireman...action

Kerja-kerja pendawaian dari awal hingga akhir dilakukan oleh abang saya sendiri, Abang Ajib (nak promote sikit nie...kalau ada sesiapa inginkan servis beliau boleh contact yer)...
Abang Ajib tengah pasang downlight kat masterbedroom
Semua 30 downlight dah dipasang kat semua ruang (main hall, bedroom,bathroom,hall TV, kitchen) . Lepas ni fasa kedua kena pasang 6 kipas control pulak (2 ada lampu, 4 takde lampu)..Kesian abangku ni, si Erol (anak buah) dapat tolong weekend jer lak tu...Tu belum lagi pasang 2 lampu hiasan,  lampu dinding ngan 2 lampu utk balkoni.(Semuanya beli kat Pandan Lighting depan C4..okeylah walaupun ada promosi still boleh nego price)..Takpe bang yer, pasang dulu nanti kira kemudian...yeh..yeh..yeh hampir siap..Tak sabor nyerrrr...

Tuesday, October 11, 2011

INTAI-INTAI TINGKAP

Meninjau sebentar rumah, alhamdulillah cermin tingkap tinted dah siap dipasang cuma cermin pintu bilikair belum lagi,. maybe on Thursday. Okeylah tu tak lama pun.
Kerja-kerja mengecat ruang dalam rumah hampir siap, feature wall dah dicat warna grey cuma belum di cat corak jer. Wait and see...

Taraaaa...tingkap yang telah di cermin tinted

My hubby yang begitu tekun mengecat frame pintu..tulah nak sangat buat sendiri..siannya


Ruang dapur  TV yang telah siap dicat dan pasang cermin tinted

Wednesday, October 5, 2011

Dah ada bumbung dah...

Kerja-kerja menaikkan bumbung mengambil masa 3  minggu disebabkan bentuk bumbung yang banyak segi. Kiranya banyak juga zink yang di potong-potong. Takpelah janji memuaskan hati..
 Bumbung  95% siap, kerja-kerja plaster dinding terpaksa ditangguhkan disebabkan pekerja Indon balik negeri. Nie yang tak syok , entah bila pulak diaorang nak masuk M'sia balik. Terpaksa tanggung risiko kalau ambil pekerja Indon part time. Adoiyai....bilalah nak mula balik.....bilalah nak siap..Huk..huk..huk

Mula pembinaan

Kenangan mendiami rumah ibu mertuaku (telah kembali ke rahmatullah )


 Kerja-kerja meroboh dan mendirikan rumah baru di tapak lama bermula pada Ogos 2010. Pelan lantai saya sendiri yang membuatnya mengikut apa yang diimpikan dan direalisasikan oleh abang ipar (terima kasih Bang Dean)



 Suka sesangat bila dah nampak bangunan asas. Tak sabar rasanyer nak menunggu rumah siap......