Dah ketandusan idea ,daging korban nak masak apa? Meh share resepi sempoi bidan terjun nie. Apa nak bagi nama resepi nie yek...Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang
Bahan-bahan :
1/2 kg daging lembu
10 batang kacang panjang
Bahan kisar :-
2 inch halia
1 inch kunyit hidup
1 labu bawang besar
ulas bawang puith
cili api (ikut suka)
1 sd serbuk kari
1. Kisar kering semua bahan
2. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
3. Masukkan daging, masak hingga empuk (tak perlu masukkan air coz daging dah mengeluarkan air tapi boleh masukkan air jika perlu)
4.Sebelum diangkat. tambahankan bahan perasa dan masukkan kacang panjang
Makan dengan nasi panas....sodapppp