Monday, September 20, 2010

Ole-ole Bonda

This year, pagi raya bagi mak hamper, duit raya (mesti ada every year) dan buatkan kek. Bukan main suka lagi mak, maklumlah ramai anak cucu balik sebelum raya.


Menu Pagi Raya'10

Raya kali nie saya tak masak rendang daging, ayam masak merah, sambal goreng,
seperti tahun-tahun yang lalu. Dulu mengunjung pagi raya tapi disebabkan dah ngunjung awal jadi pagi raya saya masak macam biasa jer...Nasi Bukhari Udang , Rendang Ketam dan Salad Tomato/Timun serta Acar Buah (beli ngan Kak Jona..sedap tau)
RENDANG KETAM

Acar buah

Hamper Raya 2010

Projek ke-dua semasa bulan Ramadhan, ambil tempahan buat Hamper Raya 2010.

Sunday, September 5, 2010

RAYA 2009

Hariraya Pertama kat rumah mak di Kg Peserai Pantai, BP

Sebahagian Keluarga Besarku


                                                  

CHOCOLATE CAKE MOIST

First time buat kek, resepi Kak Jona terima kasih banyak-banyak.
Resepi yang mudah sesangat , memang tak takut tak menjadilah....
Cuba sekali nak buat dua tiga kali...
kalau nak cuba resepinya :

Bahan A-putar sampai kembang
2 cawan gula halus
3 biji telur
Bahan B-diayak
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sd kecil soda bicarbonate
1 sd kecil garam halus
Bahan C
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

 Bakar selama 45 min dalam suhu 160 celcius.
Tips : Untuk pastikan kek masak, cucuk dengan lidi (jika tak melekat dah masak ler tu)

Nie dah boleh buat untuk raya, jimat kos baik buat sendiri.


Saturday, September 4, 2010

Bubble Cococrunch Cookies

4/9-Lepas bersahur mata tak nak lelap so apalagi buat kuih raya lagi. Kali nie Bubble Cococrunch Cookies, rupanya buat biscuit nie senang yek, Tapi saya guna resepi yang mudah sajer.

Chocrice Nestum Cookies


4/9-Buat Chocrice Nestum Cookies lepas sembahyang Terawih , hubby sanggup nak tolong saya ok jer...Tah apa kemaruknyer this year nak buat kuih raya sendiri. Seronok jugak sebab menjadi crispy gitu..Krup Krap Krup Krap

Friday, September 3, 2010

Buah Nona

Buah Nona Purple nie memang susah sangat nak dapat. Kebetulan 31/8 pergi Parit Sulung (rumah kakak ipar) untuk mengunjung, singgah kat pekan belikan juadah berbuka. Ternampak pulak buah nie beli yang masak dan belum masak (balik peramlah), Pergh...manis giler.

Cornflakes Madu

Nie satu lagi kuih raya yang wajib ada kat rumah, kesukaan anak-anak buahku. Memang senang sangat dan yang paling cepat habis. So raya kena standby bahan.

Thursday, September 2, 2010

Cococrunch Bersalut Coklat

Semalam buat kuih nie dengan hubby. Simple , mudah dan cepat. Sambil buat sambil makan.
Bahan-bahannya :
250 g Chocolate masak
50 g Buttercup
200 g Cococrunch
150 g Bubble rice
Coloured Rice - untuk hiasan
- Double boil choc & butter , sejukkan dulu baru gaulkan cococrunch & bubble rice
- Masukkan sesudu dalam papercup, taburkan coloured rice
-Simpan dalm bekas kedap udara

MUDAHKAN......