Monday, June 28, 2010

Langkawi

     5 Feb-8 Feb : LANGKAWI, JENG JENG JENG KAMI DATANG

5 Februari 2010 
11.00pm-Bertolak dari Batu Pahat menaiki bas (dah lama tak naik bas, last rombongan year 1986)
6 Februari 2010
6.00am -Sampai di R & R Perak (tak ingat apa nama tempat tu) untuk solat Subuh, sempat singgah di gerai buah-buahan.
6/6 10.00 am- Tiba di Jeti Perlis untuk naik feri ke Langkawi, perjalanan yang memenatkan tapi apabila tengok permandangan pulau-pulau di situ hilang gak keletihannya.

6/6 12.30 Kami sampai di Jeti Langkawi, naik bas yang sedia menunggu, terus ke motel penginapan masing-masing. Kami menginap di Motel Sinaran, Pekan Kuah. Lunch kitaorang makan di gerai yang berdekatan, masakan boleh tahan selera orang Johor, kira tak mengecewakanlah. Lepas makan kitaorang balik motel, nak rehat-rehatkan badan.

6/6 4.00pm Keluar jalan-jalan naik kereta sewa, nasib baik ada Niza, dia yang plan so sewa 2 kereta. pergi pre-visit Beras Terbakar dan Idaman Suri (belilah sikit-sikit barang). Malam singgah di Pasar malam Pekan Kuah dan dinner di restoren yang berdekatan dengan motel.

07 Februari 2010
Lawatan di sekitar Pulau Langkawi , menaiki bas sambil mendengar Pemandu Pelancong (Pak Lah) menerangkan tempat-tempat di tuju.
Destinasi Pertama
Lawatan ke kilang memproses gamat, sebagai buah tangan kita beli minyak dan balm gamat, harga memang murah gila sebab kat kilang lah katakan.
Destinasi Kedua
Singgah ke kilang batik, tak ada apa yang menarik sebab kebanyakkan pakaian yang ada di ambil dari Indonesia. Kebanyakkan diaorang shopping kain batik.
Destinasi Ketiga
Kota Mahsuri-banyak tempat-tempat bersejarah dalam kota nie, mula-mula layan mini cinema mengenai Mahsuri, singgah Makam Mahsuri, Telaga Mahsuri (orang kata ambil berkat cuci muka, minum airnya-bolehlah layankan jugak), gi tempat kediaman family
Mahsuri. Kat sini pun ada Galeri P Ramlee dan Mini Zoo. Sebelum balik sempat beli terubuk masin dan sotong kering kat luar Kota Mahsuri.
 
Destinasi Keempat
Langkawi Cable Car seumur hidup nilah first time naik cable car.Tengok gondola dari bawah kecik je, ngeri jugak tapi kuatkan semangat nak naik , mula-mula gayat lepas tu okey jer, dari atas nampak Telaga Tujuh dan permandangan di sekitar Pulau Langkawi, alhamdulillah sampai jugak ke Last Station dan kita selamat turun ke bawah. Sempat jugak berposing kat tempat-tempat yang menarik.


Destinasi Kelima
Apa ada dalam Galeri Perdana, hah macam-macam ada dalam galeri nie. Semua barang yang ada di sini adalah cenderhati pemberian kepada Tun Dr Mahathir sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri.
Destinasi Keenam
Perjalanan diteruskan singgah di Pekan Beras Terbakar dan terus ke Idaman Suri, disebabkan kitaorang dah pergi tempatnya, kita just walk around tengok-tengok apa yang patut dibeli. Sebelum melabuhkan badan kat motel  , singgah di Pekan Kuah beli buahtangan (sudah semestinya chocolate) untuk di bawa balik ke BP. 

08 Februari 2010-Hari terakhir di Pulau Langkawi

9.30 am-Kalau diikutkan pukul 9.00 dah kena naik feri, tapi disebabkan ada beberapa masalah, kita terlepas feri tu, nasib baik Pak Lah dapat uruskan feri tu berpatah balik ke jeti ambil kitaorang.                    

                      
Permandangan yang indah                                                                      Muka-muka ceria jer nak balik


 Dari Jeti Kuala Perlis destinasi seterusnya ke Padang Besar. Shopping lagi dan lagi dan lagi. Penat jugak kan  makan angin nie.. 


Dalam perjalanan balik, singgah di R & R Perak, sebab belum dinner lagi. Sempat jugak beli buah jambu dan manggis hutan( nak cuba rasa beli sekilo jer).

Buah Manggis Hutan & Jambu

Sunday, June 20, 2010

APA ADA DI HALAMAN TERATAKKU

     Buah Markisa (spesis warna kuning), rasa masam-masam manis. Boleh makan gitu sahaja  atau buat air markisa. Benih pokok diperolehi di Parit Raja. Mintak tolong adik ipar kakak tanamkan sampai keluar daun lima enam helai baru dia hantar ke rumah, bukannya apa takut tak hidup kalau daunnya sikit.
     My hubby buatkan para-para supaya ia boleh menjalar dan tak sangka pulak sekarang nie dah merimbun dan kerap berbuah. Bunganya pulak memang cantik.
     Lepas nie nak cari benih yang warna merah sebab buahnya besar dan rasanya manis sikit.  Berbaloi kan berbudi pada tanah. 

Thursday, June 17, 2010

Minum petang


      Produk nie saya pernah beli dari officemate (tak ingat pulak bila). Kebetulan masa pergi shopping kat Carefour ternampak seaweed segera so try satu pack, kat rumah ada baki kulit popia semasa buat Popia Punjut so just beli jer. Balik rumah terus cuba buat, alhamdulillah menjadi . Resepinya dari internet ler, memang mudah nak membuatnya.Kiranya petang tu adalah makanan untuk minum petang, saya namakan ia Seaweed Chips, seronok bila tengok hubby dan  anak-anak buah suka makan.  Mula-mula buat bagi rasa kat jiran-jiran, diaorang pun suka jugak so saya maju setapak lagi jadikan bisnes sambilan.
Sekarang nie taklah boring balik kerja sebab dah ada aktiviti nak dibuat sambil tu dapat tambah income.